3 kemalangan 1 hari

Hari ni aku mula balik kerja selepas cuti sakit dan cuti rehat selama seminggu..perjalanan aku menuju ke tempat kerja dimulakan dengan tenang..aku ke tempat kerja awal daripada biasa...di tengah perjalanan..1 kemalangan aku tempuhi...treller berisi muatan beras terbalik....aku x perasan mula2 sebab di selekoh...patutla mamat motor depan aku ni bawa slow je...

Keadaan di tempat kerja seperti biasa...tiada yang luar biasa...

Perjalanan balik ku diserikan dengan 2 kemalangan yang berbeza...sebelum balik aku ke bank untuk bayar bill..ondaway..1 kemalangan antara motosikal dan lori kecil di depan masjid jamek Taiping...kemalangan baru je berlaku...aku just pandang tgk je..then aku teruskan ke bank dan settlekan apa yang patut...hari hujan renyai2..

Dalam perjalanan pulang ke rumah aku lalui 1 kemalangan lagi...astaghfirullah...dah ke 3 hari ni...di traffic light taman kota jaya simpang..kemalangan antara motosikal dan kereta..juga baru berlaku...tapi kereta tarik dah siap sedia..hehe..effisen sekali...polis pun belum sampai...

3 kemalangan yang aku lihat hari ni....malangnya aku x sempat nk ambil gambar sebab aku sedang memandu...baik aku tengok dan ingat dalam fikiran aku je...mudah2 dijauhi daripada sebarang kemalangan..

Selagi Ada Cinta

Semilir angin menghembus di pipi..serasa jiwa dibelai rindu..terbit cinta dikalbu..tiada kata terucap dibibir..bergetar lidah seiring nafas...

Ancaman H1N1

Penularan Influenza A H1N1 di Malaysia dilihat agak membimbangkan...setakat ini angka kematian telah bertambah dari sehari ke sehari...dalam tempoh 48 jam yang lepas kes kematian dilaporkan bertambah kepada 4 orang...Dalam kes kematian yang dicatatkan...kebanyakannya melibatkan penularan tempatan...agak mencemaskan...

Sebagai kaedah meminimumkan jangkitan..langkah kuarantin dilakukan kepada individu yang disyaki positif H1N1..dalam pada itu..beberapa institusi pengajian tinggi telah ditutup bagi mengekang penularan wabak ini..yang terbaru..UPSI...UUM...sebelum ini beberapa cawangan UiTM telah ditutup..bermula dengan UiTM Lundu..kemudian UiTM Kepala Batas...

Bermula dengan penutupan sekolah...kemudian kepada institusi yang lebih besar..ini menunjukkan yang ancaman H1N1 semakin membimbangkan..semoga kita dijauhkan..

Di Hospital Taiping sendiri...dikatakan sudah terdapat 1 kes positif H1N1...langkah berjaga2 perlu dititik beratkan bagi mengawal penyebaran virus...saya teringat kata2 teman sekerja saya..."whether we mutate or they mutate first..if they mutate first..it become miserable"...habis la kita..susah la nk control...nk hasilkan vaksin bukan mudah dan cepat..makan masa yang agak lama....

Semoga ancaman ini berakhir....

Explorating...

Setelah sekian lama aku x update blog ni..hari aku rajin plak explore template2 blog..aku berkenan kat satu ni..so..aku pun jadikannya template yang baru untuk blog aku...

Bagi aku template ni cantik....kalu korang rasa x cantik...itu hak korang...hehe..

Kalu korang nak cari template2 yang memenuhi citarasa korang..search je..taip blog template...belambak...pilih je..

ke lah..penat..nak tido....semoga hari esok lebih baik dari hari ni...

Bertaut sebuah kasih...

Indahnya bila berkasih..kasih seorang anak kepada ibu & bapanya..kasih seorang kakak kepada adiknya...kasih seorang abang kepada adiknya...kasih seorang teman kepada temannya...kasih seorang sahabat kepada sahabatnya..kasih seorang adik kepada abangnya...kasih seorang insan kepada kekasihnya...

Sedetik kasih yang menitis di hati..pasti sayang terpatri dijiwa..

Apabila kasih itu bertaut..indah sungguh terasa di jiwa...tiada ungkapan yang mampu terucap untuk menggambarkan perasaan dijiwa...jiwa tenang..hati terasa senang...



Andai kasih terlucut dari tautan..jiwa terasa resah...hati tak lagi indah..hanya yang tinggal cuma gundah..pesona indah hilang diwajah...

Betapa indahnya tautan kasih...



Ukhuwah fillah...

Rehlah fi Qadah...



Hari sabtu yang lalu aku bersama keluarga melawat MUZIUM PADI di negeri jelapang padi Malaysia....Sesampainya aku d situ, aku di sambut oleh seekor singa yang sedang ternganga..namun begitu...aku sempat berposing di tepi singa yang jinak tu..hehe..



Suasana di luar muzium mendung...aku dan famili segera memasuki muzium...kami terus naik ke pelantar yang memaparkan lukisan pemandangan Gunung Keriang...cantik sekali...hidup lukisannya...bagai melihat pemandangan sebenar...




Selepas menikmati pemandangan yang indah...kami terus melawat ke seluruh pelusuk muzium...beberapa peralatan tradisional untuk bersawah di pamerkan...sungguh menarik...
Banyak benda yang dapat dipelajari bagi mereka yang bukan lahir di kawasan sawah pagi...tidak seperti aku yang banyak mengenali peralatan-peralatan tersebut memandangkan aku lahir dalam kawasan sawah padi...

Aku rasa bangga sebab ada inisiatif seperti ini dibuat bagi menonjolkan budaya serta kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia khususnya di Kedah yang dikenali sebagai negeri JELAPANG PADI...



Sedikit Info Muzium Padi

Bayaran masuk

Dewasa : RM 3
Kanak2 : RM 1
Pelajar : RM 1

Kamera : RM 2


Mansuhnya PPSMI


Mansuhnya PPSMI...setelah 7 tahun dilaksanakan akhirnya ia dimansuhkan..pelbagai reaksi dan komen dilontarkan atas isu ini...Perlaksanaanya pada 2003 bukan sahaja dibuat secara drastik, malah mengejutkan..para cendiakawan berbeza pendapat membincangkan isu ini...ada yang menyokong dan x kurang juga yang menolak pelaksanaannya...

Ada pihak yang menyangkal kewajaran pelaksanaan PPSMI kerana menganggap Bahasa Melayu sudah cukup baik untuk menghasilkan pelajar yang bijak dalam bidang sains dan matematik..Tidak disangkal di sini yang Bahasa Inggeris penting dan bahasa ini juga lebih terdedah sebagai bahasa ilmu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi...Namun, wajarkah bahasa melayu dijadikan bahasa kedua dalam bidang sains dan teknologi..??

Pelbagai pihak melontarkan pendapat masing-masing dalam menilai keberkesanannya..ada yang membuat penilaian melalui keputusan peperiksaan yang diperoleh sepanjang tempoh pelaksanaannya..dan ada juga yang menilai dari sudut penggunaan BI dalam menjawab soalan peperiksaan..dan pelbagai lagi penilaian yang dibuat..semuanya pasti menjadi bahan perbincangan dalam membuat keputusan pemansuhan ini..



Mengimbau kembali sejarah pelaksanaanya..Dasar PPSMI telah dibuat semasa zaman pemerintahan Tun DR MAHATHIR...idea pelaksanaanya jelas untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang sains dan teknologi memandangkan BI digunakan secara meluas dalam bidang ini..Namun begitu, pada hemat saya, perubahan drastik yang dibuat membuatkan kalangan masayarakat tidak berapa bersetuju dengan PPSMI..alasanya juga jelas..mengapa bahasa Melayu tidak dimartabatkan dalam pembelajaran sains dan matematik?? sedangkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca semasa zaman MELAKA dahulu..tidak mustahil jika bahasa ini diperkasakan menjadi bahasa sains dan teknologi...

Pada hemat saya, pelaksanaan PPSMI sedikit sebanyak menjejaskan reputasi BM dalam arena sains dan teknologi..saya masih ingat lagi...zaman saya di sekolah dulu...Sains dan Matematik diajar dalam BM...nak kata saya dan kawan2 x pandai S&M x jugak...cemerlang juga..pegi oversea juga....pada pendapat saya.. kefahaman dalam mempelajari sesuatu subjek adalah kunci dalam melahirkan pelajar yang bijak dalam bidang sains dan teknologi..


Di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sema saya d U dulu...saya telah menyertai projek baktisiswa dan dalam projek ini terdapat aktiviti mendekati pelajar sekolah...baktisiswa itu diadakan di sebuah kampung...saya mendapati majoriti pelajarnya tidak memahami subjek sains dan matematik yang diajar dalam BI..cukup menyecewakan...inilah penangan PPSMI...


Setelah mengetahui PPSMI dimansuhkan...saya berasa amat bersyukur...bukan kerana menolak 100% dasar kepimpinan sebelum ini..tetapi memikirkan akan peri pentingnya BM dimartabatkan dalam sistem pembelajaran di Malaysia....jgn kerana dek suasana globalisasi yang terlalu mengangkat BI sbg bahasa antarabangsa & bahasa ilmu...bahasa ibunda yang mencanaikan nilai jati diri bangsa dipertaruhkan untuk menjadi bahasa yang mundur suatu hari nanti...nauzubillah...